MINAT, PILIHAN, DAN KEPUTUSAN


Sebenarnya, bukan Melayu saja mudah lupa. Semua manusia mudah lupa. Perkataan ‘manusia’ itu sendiri berasal daripada dua perkataan Arab iaitu “man” dan “nasya”, yang bermaksud “selalu lupa.” Maka menurut Surah Al-Asr manusia digalakkan memperingati antara satu sama lain. Walaupun perkara tersebut dah pun kita tahu, tapi kita mesti diperingatkan juga. Sebab tu ada azan, untuk mengingatkan manusia dah masuk waktu solat. Sama jugalah segala bentuk dakwah di muka Bumi ini, untuk memperingatkan manusia.  Hakikatnya begitulah.

Baru-baru ini penulis baru diperingatkan oleh salah seorang lecturer penulis, katanya;

We can’t understand everything in this world.

Entah kenapa penulis agak tersentak mendengar quote ini, terdiam dan terfikir seketika. Benar kata beliau, kita tak mampu nak faham semua benda di dunia ini. Umpama Hikmat Asura dan Juara Tempur Neraka. Mari kita mengimbau sedikit story Wira Tunggal. Penulis rasa semua sedia maklum bahawa dalam Wira Tunggal ada banyak hikmat-hikmat yang digunakan untuk bertarung, dan lain jaguh lain penguasaan hikmatnya. Topeng Perak dan Sang Asura sangat mahir dalam melancarkan Kitaran Asura. Manakala Wunan cukup cemerlang dengan Juara Tempur Neraka nya.

Kitaran Asura VS Juara Tempur Neraka

Jika diteliti, Wunan dan Topeng Perak masing-masing mempelajari Juara Tempur Neraka melalui Hikmat Kerabat Diraja Pai. Namun, Wunan nyata lebih menguasai Juara Tempur Neraka berbanding Topeng Perak. Sebab itu, Topeng Perak tumpas dalam pertarungannya dengan Wunan apabila masing-masing menggunakan Juara Tempur Neraka.

Dari sudut penguasaan Kitaran Asura pula,  kedua-dua mereka turut mempelajarinya tapi ternyata Topeng Perak nyata lebih bijaksana daripada Wunan dalam melancarkan hikmat ini. Sebab itu ketika bertarung dengan Sang Asura, Wunan tumpas di bawah serangan Cakerawala Kegelapan yang diilhamkan oleh Topeng Perak.

Membuat Pilihan dan Keputusan

Apa yang penulis ingin simpulkan cukup mudah, setiap orang ada jiwa yang berbeza. Setiap insan ada minat dan kecenderungan yang berbeza. Kebelakangan ini, penulis kerap dihujani soalan-soalan daripada junior-junior lepasan SPM mendapat beberapa tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Kebanyakan mereka keliru dalam memilih kos.

“Kos mana yang bagus, bro?”

“Kos ni susah tak?”

“Ada pasaran kerja tak dalam kos ni?”  

“Mana yang saya patut pilih ek, uni A ke uni B?”

Jadi pada pandangan penulis, pilihlah mengikut minat dan kecenderungan kalian. Kalau kalian rasa minat minat engineering dan jiwa rasa seronok serta boleh cope belajar subjek sains teknikal, ambillah engineering. Kalau kalian rasa lebih minat pada perubatan, masuk dengan jiwa kalian dan boleh cope dengan Biologi, ambillah bidang medical. Manakala kalau rasa benci dan sukar dengan sains dan makmal, sangatlah disokong untuk kalian ambil kos-kos seperti management, bisnes, atau ICT. Mungkin kalian rasa kalian fleksibel, tapi pilihlah yang paling kalian rasa terbaik, kerana penulis percaya,

It is better to be GREAT at something, rather than to be average in everything. Choose your life WISELY.

Hanya kalian yang kenal di mana minat dan kecenderungan kalian. Fikir dalam-dalam dan penulis sangat sarankan untuk kalian buat sedikit research di internet tentang kos pilihan kalian demi memastikan kalian faham background dan apa yang kalian akan hadapi sebelum meneruskan pelajaran. Ingat, jangan ikut kawan! Jangan terpengaruh dengan kawan! Jangan hanya kerana ramai nak ambil engineering, kalian juga mesti ikut sama ambil engineering sebab takut malu! Penulis saja nak mengingatkan kalian, supaya kalian tak menyesal di kemudian hari. Jadi, fikir dalam-dalam dan pilih dengan sebaiknya. Kalau keliru lagi, buatlah solat istikharah.


“Bagaimana kalau saya tersalah pilih kos, dan sememangnya menyesal di kemudian hari?”

Ahaks tak ada apa yang perlu ditakutkan sebenarnya. Situasi tersebut bukanlah penghujung kepada hidup kalian. Dulu, penulis juga rasa kalau tersalah pilih kos mesti menyesal dan tak boleh berjaya. Tapi setelah membaca artikel ini(sila klik),hakikat dan realitinya,

Kejayaan bukan terletak pada minat semata-mata, tetapi kunci kejayaan yang sebenarnya ialah keinginan, kesungguhan dan ketekunan untuk berjaya.

Serius kalian yang rasa macam tersalah pilih, wajib baca artikel ini(sila klik!). Dan penulis sangat bersetuju dengan quote di atas. Hikayat Jerung Gergasi telah memberikan pedoman tepat, selari dengan quote ini! Ketika dia ditikam dengan dua pedang lalu dilanda kesakitan tak terkata, riwayatnya dijangkakan akan tamat tak lama lagi. Namun dalam kesakitan dan kebencian itu, Jerung Gergasi langsung tidak mengalah. Sebaliknya dia menjadikan pedang yang tercucuk di badannya itu sebagai sebuah elemen pertapaan untuk dia meningkatkan keupayaannya. Hari demi hari, bulan demi bulan dia bertapa dengan penuh kesungguhan dan ketekunan, akhirnya Jerung Gergasi berjaya melenyapkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam badannya lalu mencipta sebilah parang yang cukup menggerunkan iaitu Parang Jerung Gergasi!

Malah bukan itu sahaja, walaupun Jerung Gergasi amat bencikan Kerabat Diraja Pai yang sekian lama memusuhinya,  dia sanggup mempelajari dan mendalami Hikmat Kerabat Diraja Pai juga kerana dia sedar untuk menjadi jaguh terhebat di dunia tak cukup sekadar menguasai hikmat Empayar Blue Dream sahaja. Untuk menumpaskan Wunan, Harimau Kumbang, dan kesemua jaguh di Bumi, dia harus menguasai hikmat-hikmat pertarungan yang lain seperti Tinju Maut Pendekar Laut, Parang Neraka, dan Hikmat Infiniti. Nyata, dengan keinginan, kesungguhan, dan ketekunan dalam seni persilatan, beliau menjadi jaguh yang paling digeruni dalam sejarah Wira Tunggal.

Perjuangan dan Cabaran

Dari sudut hati penulis, kisah ini sudah cukup untuk memberikan inspirasi dan pengajaran dalam kehidupan seharian. Penulis langsung tidak menafikan, pasti ada orang yang memperlekehkan anda dan mengutuk anda di belakang mahupun depan-depan. Penulis juga pernah merasai situasi yang sama sewaktu pembinaan blog yang dilabel ‘fanatik’ ini. Cukup menyedihkan bukan pabila kata-kata cercaan dilontar oleh rakan-rakan kita sendiri. Namun, penulis tak mahu menyerang balas mahupun bergaduh, kerana salah seorang rakan baik penulis pernah menyatakan,

“You can’t understand all people, and you can’t make all people understand you.”

Hidup ini takkan sunyi daripada ujian dan dugaan. Choose your path and make it wonderful! Penulis berharap, mesej penulis ini sampai kepada semua wira tempur yang membaca terutamanya junior-junior yang runsing nak pilih kos buat masa ini. Renung-renung, dan fikir dalam-dalam. Selamat memilih, selamat belajar dengan tekun, dan selamat berjaya! InsyaAllah…

Advertisements

Posted on May 23, 2011, in Kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: